Monday, 10 August 2015

Salam Silaturahim.

As salam dan salam sejahtera.

Belum terlambat rasanya Lily nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Lily yang tak seberapa ni. Ini ialah catatan pertama Lily dalam dunia blog ni. Maklum la sebelum ni asyik menghadap Facebook dan Instagram je 24jam. Sampai pernah satu ketika handphone Samsung Note 2 rosak motherboard dia gara-gara terlalu aktif berOnline.

2 hari ni Lily cuti sakit atau dalam bahasa yang lebih mudah MC sebab demam dan asthma. For your info Lily ada lelah atau asthma sejak berumur 19tahun. Tu pun tak tau kena lelah@asthma sebab tak pernah merasa sesak nafas sebelum itu. Lepas dah pergi klinik baru ku tahu bahawa sesak nafas yang di alami tu ialah asthma atau lelah. Gila terkejut sebabnya selama ni tak pernah ada penyakit. Tapi takpelah penyakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu."

Lagi pun Lily memang punyai keturunan lelah daripada genetik arwah ayah Lily. Dan arwah ayah meninggal salah satu punca sebab lelah. Al-Fatihah buat arwah ayah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa ayah dan tempatkan ayah disyurga bersama orang-orang beriman disisiNya. Aamiin ya rabb. Oleh kerana lelah 2hari ini maka segala makanan sejuk ditinggalkan seketika. Apa la daya kan daripada kena membebel dengan doktor baik la Lily hindarinya sebentar. Cuaca di Terengganu kebelakangan ini pun tidak begitu baik. Kadang panas sangat, kadang hujang lebat. Sebab itu la Lily boleh lelah.

Ada beberapa tips la yang orang bagitau nak rawat Asthma ni tapi semuanya tak berkesan pada Lily. Sebab asthma ni memang tak kan hilang melainkan hindari makanan sejuk, cuaca sejuk atau panas yang melampau dan aktiviti sukan ekstrem juga sila elakkan ye kenkawan. Lagi satu nak bagitau kalau korang ada keturunan lelah tapi tak kena lelah jangan eksen sangat ye? Sebab korang akan ada simpton ekzema atau masalah pada kulit. Jadi mereka yang ada ekzema juga merupakan salah satu penyakit keturunan lelah. Ianya juga tiada ubat sebab penyakit genetik.

Sekian dulu untuk catatan pertama ni. Dah nak maghrib ni, jadi Lily nak solat jap.